Manual Teknologi Penyejukbekuan Kriogenik Nangka dalam Bentuk Sebiji untuk Pasaran Eksport
RM 21.00
ISBN:
MARDI_Kriogenik00
Categories:
General Academics
File Size
10.03 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2026
Favorite (0)
Synopsis
Nangka spesifiknya varieti J33 mendapat permintaan tinggi
kerana rasanya yang manis dan berkhasiat. Namun, tempoh
hayat simpanan nangka segar yang pendek (kurang 14 hari)
mengehadkan potensi pemasarannya ke lokasi yang lebih jauh.
Nangka sejuk beku dalam bentuk buah sebiji adalah produk
pertama di dunia. Nangka sejuk beku dengan teknik pembekuan
kriogenik dapat mengekalkan kesegaran, rasa dan kandungan
nutrisi. Malah, tempoh hayat simpanan nangka sejuk beku dapat
dipanjangkan melebihi enam bulan yang dapat memperluas
pasaran eksport sedia ada serta meneroka pasaran baharu.
MARDI telah mengambil inisiatif menerbitkan Manual Teknologi
Penyejukbekuan Nangka dalam Bentuk Sebiji untuk Pasaran
Eksport. Manual ini menerangkan lebih lanjut secara teknikal
dalam menjalankan penyejukbekuan kriogenik ke atas nangka
dan memberi panduan kepada pengusaha yang mempunyai fasiliti
pemprosesan kriogenik untuk mempelbagaikan penggunaan
fasiliti tersebut. Pengusaha fasiliti akan mendapat peluang
perniagaan baharu dan fasiliti dapat digunakan sepanjang tahun
(bukan pada musim durian sahaja). Melalui penggunaan yang
optimum, kos pengeluaran sejuk beku dapat dikurangkan dan
akhirnya dapat memberi pulangan lebih kepada semua peringkat
pemain industri.

