Manual Teknologi Pirolisis serta Aplikasi Cuka Kayu dan Biochar untuk Pertanian
RM 17.50
ISBN:
978-967-936-800-0
Categories:
General Academics
File Size
13.19 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2026
Favorite (0)
Synopsis
Di Malaysia, sejumlah 168 juta tan biojisim yang terdiri daripada sisa makanan,
sisa ladang atau kebun, sisa landskap (hasil pangkasan) dan juga sisa daripada
agroindustri dihasilkan setiap tahun. Sisa tempurung, sisa pangkasan atau sisa kebun
merupakan sisa pertanian yang sukar dilupuskan kerana proses biodegradasi yang
lama dan panjang. Kebanyakan sisa tersebut pada masa kini dibakar secara terbuka
dan tidak digunakan semula.
• Dalam masa yang sama, satu kaedah yang mesra alam perlu dibangunkan untuk
memastikan sisa ini dapat diuruskan secara efektif dan diproses semula menjadi
bahan berguna untuk sektor pertanian. Kaedah pembakaran secara pirolisis dilihat
berpotensi tinggi dalam pemprosesan semula sisa pertanian ini.

