Siri Panduan Usahawan (SPU) Bil. 87 - Perusahaan Pengendalian Lepas Tuai Bawang Merah

Siri Panduan Usahawan (SPU) Bil. 87 - Perusahaan Pengendalian Lepas Tuai Bawang Merah

RM 5.00

ISBN:

0127-4767_87

Categories:

General Academics

File Size

3.60 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Risalah ini diterbitkan sebagai panduan bagi mereka yang ingin dan berminat untuk menjalankan aktiviti pengendalian lepas tuai bawang merah. Pengeluaran bawang merah tempatan untuk kegunaan domestik perlu dilaksanakan bagi menangani isu keselamatan makanan negara. Keperluan bawang (bawang merah, besar dan putih bawang segar) Malaysia bergantung 100% dari negara luar dengan jumlah import 685.4 ribu tan metrik (dinilaikan bersamaan RM1,578.4 juta). Aspek nilai dan pulangan ke atas jualan, bawang merah lebih tinggi di mana harga import bernilai RM2,000.00/tan metrik berbanding dengan bawang besar (RM1,770.00/mt). Namun, bekalan bawang merah terjejas di Malaysia akibat pelbagai isu global. Antaranya pada tahun 2020, berlaku krisis bekalan bawang import daripada negara India akibat daripada perubahan cuaca global ekstrem yang mengakibatkan bencana banjir besar. Kemudian, diikuti pada bulan Disember 2023, kenaikan duti sebanyak 40% dan penyekatan eksport oleh India pada Mac 2024. Ini mengakibatkan ketidakstabilan harga (harga tinggi) dan bekalan bawang di Malaysia terjejas. Oleh yang demikian, MARDI mengorak langkah untuk melaksanakan kajian penanaman bawang merah. Maklumat yang lengkap mengenai kajian lepas tuai bawang merah dan teknik pengeringan penting sebagai data sokongan bagi perluasan pengeluaran bawang merah di Malaysia ke arah keterjaminan makanan negara. Dengan adanya teknik pengendalian lepas tuai bawang merah dapat mengekalkan kualiti bawang merah di Malaysia sehingga empat bulan simpanan dan membolehkan keberadaan bawang merah di pasaran Malaysia.