Siri Panduan Usahawan (SPU) Bil. 88 - Perusahaan Penghasilan Serbuk Kesum
RM 5.00
ISBN:
0127-4767_88
Categories:
General Academics
File Size
4.24 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2026
Favorite (0)
Synopsis
Siri Panduan Usahawan (SPU) mengenai penghasilan serbuk
kesum merupakan sumber rujukan yang bermanfaat kepada
pembaca yang berminat untuk mengekalkan kualiti bahan
mentah berasaskan tumbuhan herba. Risalah ini diterbitkan
bagi memberi panduan praktikal, pemahaman saintifik dan
petua berguna mengenai proses penting dalam penghasilan
serbuk kesum yang berkualiti, termasuk kaedah pengeringan
yang efektif bagi mengekalkan sebatian aktif dalam kesum.
Risalah ini sesuai dijadikan rujukan oleh usahawan herba,
penyelidik dan individu yang terlibat dalam pemprosesan
produk semula jadi. Kesum (Persicaria minor (Huds.) Opiz syn. Polygonum minus)
adalah tumbuhan herba renek beraroma daripada keluarga
Polygonaceae. Tumbuhan ini tumbuh dengan meluas di
kawasan panas dan lembap berhampiran parit, sungai, tasik dan
sumber air. Herba segar seperti kesum dikategorikan sebagai
tumbuhan yang mudah rosak disebabkan oleh kandungan
kelembapannya yang tinggi (80 – 85%). Memandangkan
kebanyakan produk berasaskan herba dipasarkan dalam
bentuk kering, herba ini perlu dikeringkan terlebih dahulu
bagi memanjangkan hayat simpanannya agar selamat untuk
digunakan sebagai ramuan dalam pembangunan pelbagai
jenis produk. Ini kerana permintaan untuk produk kering yang
berkualiti tinggi semakin meningkat di pasaran global.

