Siri Panduan Usahawan (SPU) Bil. 90 - Perusahaan Pemprosesan Serbuk Kopi Campuran

Siri Panduan Usahawan (SPU) Bil. 90 - Perusahaan Pemprosesan Serbuk Kopi Campuran

RM 5.00

ISBN:

0127-4767_90

Categories:

General Academics

File Size

2.54 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Risalah ini diterbitkan sebagai panduan bagi mereka yang ingin dan berminat untuk menjalankan perusahaan memproses serbuk kopi campuran. Kopi ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Rubiaceae. Terdapat tiga jenis kopi biasa, iaitu kopi Coffea arabica (kopi Arabika), Coffea canephora (kopi Robusta) dan Coffea liberica (kopi Liberica). Kopi mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1779 apabila varieti Arabika yang berasal dari benua Afrika dibawa masuk. Namun, pertumbuhan tanaman kopi Arabika hanya sesuai untuk ditanam di kawasan tanah tinggi antara 1,000 – 2,000 m dari aras laut. Kawasan tanah tinggi yang terhad di Malaysia menyebabkan kopi Arabika kurang ditanam. Akibatnya, tumbuhan kopi daripada varieti Liberica mula diperkenalkan pada tahun 1875. Kopi ini lebih tahan terhadap suhu dan keadaan haba di Malaysia. Hanya terdapat dua jenis kopi yang ditanam di Malaysia iaitu kopi Liberica (90%) dan Robusta (10%). Kopi Liberica sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia terutamanya di Johor dan Selangor, manakala kopi Robusta ditanam secara meluas di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Penyelidikan kopi di MARDI bermula pada tahun 1981 dan tumpuan diberikan kepada pembangunan varieti baharu. Kopi biji yang bermutu bergantung pada (a) buah kopi (kopi jambu) yang cukup masak, (b) pengendalian yang baik dan (c) pemprosesan yang cepat dan sempurna. Mutu kopi biji dapat dikekalkan dengan penyimpanan yang sesuai. Kopi biji boleh diproses dengan kaedah kering, basah atau honey.