TRAVELOG ANAK MUDA: BUDAK PARIT PERGI TRAVEL

TRAVELOG ANAK MUDA: BUDAK PARIT PERGI TRAVEL

RM 37.00

ISBN:

978-629-490-276-3

Categories:

Motivation
General Academics
Lifestyle

File Size

66.72 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Travelog Anak Muda: Budak Parit Pergi Travel merupakan naskah kreatif yang dihasilkan untuk pembacaan ringan kepada umum namun masih mengandungi nilai ilmiah. Asasnya, karya ini merupakan kompilasi catatan ringan mahasiswa semasa menjalani program mobiliti berkredit luar negara melalui Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) di bawah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Menampilkan penulisan bervariasi dalam setiap pengalaman mobiliti berdasarkan gaya penulisan yang tersendiri mahasiswa. Buku ini membawa pembaca menyinggah sebentar secara maya pengalaman tiga mahasiswa di tiga lokasi dengan pengalaman yang berbeza. Pengalaman perjalanan bermula di Dusun Bening, Kacamatan Sleman, Yogyakarta Indonesia. Diikuti pengembaraan di negara Matahari Terbit dan berakhir di sebuah pulau berdekatan Kawasan Selat Singapura dan Selat Melaka iaitu Pulau Mecan di Batam, Kepulauan Riau. Pelbagai pengalaman pahit dan manis mahu pun pengajaran cuba dikongsikan mahasiswa melalui penulisan ini. Program ini juga dilihat sebagai pembelajaran tidak formal yang menyuntik kesedaran dan motivasi kepada mahasiswa untuk menjadi sumber manusia yang lebih berkualiti. Berkonsepkan pembacaan ringan namun sangat munasabah bagi pembaca menghayati nilai sebenar yang cuba disampaikan penulis melalui program mobiliti berkredit yang turut dilaksanakan di mana-mana universiti. Gabungan tiga catatan ringkas ini didokumenkan supaya menjadi inspirasi dan aspirasi kepada mahasiswa masa hadapan untuk berkongsi ilmu dengan menjadikan penulisan sebagai medium perantara. Selain itu, naskah ini juga dilihat sebagai rakaman momen penulis melalui proses kematangan dalam kehidupan.