Puaka Sekolah: Eksperimen Sains

Puaka Sekolah: Eksperimen Sains

RM 12.00

ISBN:

9786294641358

Categories:

Teen Novel
General Novel

File Size

5.83 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Rizqi menarik nafas panjang. Matanya meliar sekeliling sebelum bersuara perlahan, hampir berbisik. “Kau dengar sini... malam tadi, aku mimpi pelik.” Ali mengerutkan dahi. “Mimpi apa?” Rizqi menelan liur, tangannya menggenggam meja. “Aku mimpi aku pegang katak, tapi katak tu… berubah. Mata dia macam manusia. Dia bercakap dengan aku… kata dia ‘takkan lepaskan sesiapa yang menghina’.” Ali terdiam. Bulu romanya meremang. Rizqi menyambung, suaranya bergetar, “Aku rasa… ada sesuatu yang memberontak ketika Don main-main semasa eksperimen bedah katak semalam. Kau ingat lagi tak kawasan belakang dewan lama tu, yang dekat dengan bangsal?” Ali makin gelabah. “Aku ingat… dulu ada cerita, orang kampung larang budak-budak main di situ… kata tempat tu keras.” Rizqi mengangguk. “Mungkin… tempat tu memang dah ada sesuatu yang memerhati perangai buruk pelajar di sini.” Ali memeluk tubuh sendiri, rasa sejuk menjalar hingga ke tulang. “Maknanya… Don dan geng dia sekarang… kena badi?” “Bukan badi biasa,” balas Rizqi serius. “Benda ni… macam membalas dendam.”