MENITI MAUT

MENITI MAUT

Promo Buku Baru
RM 40.00
RM 20.00
-50% off

ISBN:

978-967-13987-9-1

Categories:

General Novel

File Size

1.05 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

SEKUMPULAN kapitalis dunia menghantar ejen-ejen menyusup ke negara sasaran untuk melakukan sabotaj ekonomi. Globest Corporation, empayar perniagaan yang diterajui Tan Sri Daud, menjadi sasaran utama. Seorang pakar ekonomi antarabangsa yang licik, Bruce McCallum, diseludup sebagai penjahanam. Ancaman ini dikesan oleh Biro Risikan Negara. Mereka menghantar ejen perisik Fariz Zafar untuk membanteras niat jahat itu. Penyamarannya ringkas tetapi berbahaya.Fariz menjadi pemandu peribadi Tan Sri Daud, agar sentiasa berada di sisi orang paling hampir dengan sasaran. Namun misi ini bukan sekadar soal risikan, pengkhianatan dan ancaman nyawa. Di luar jangkaan Fariz, cabaran paling memeritkan dalam misinya bukanlah Bruce McCallum, tetapi Faryna, anak manja Tan Sri Daud. Faryna seringkali memeningkan kepala Fariz dengan keletah dan kerenahnya. Gadis itu amat, amat mencabar kesabaran Fariz. Sebagai ejen perisik, dia bertanggungjawab kepada organisasi. Tetapi sebagai pemandu syarikat, dia tidak boleh menjawab langsung apa yang diperintah oleh gadis itu! Justeru, dia terpaksa meniti untuk mengelak maut kerana peluru atau maut jika ragam Faryna tidak dipatuhi!