Pemikiran Siber Memupuk Komuniti Dron
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku ini memperkenalkan pemikiran siber sebagai satu aspek tambahan dalam model pembelajaran terkini, yang sebelum ini hanya menekankan aspek kemahiran teknikal, pengalaman dijangka dan luar jangkaan serta pengurusan emosi. Pemikiran siber ini mengadaptasi gabungan pemikiran komputasional dan pemikiran tentangan, yang berupaya mengatasi kegusaran pelajar yang kurang yakin dalam mempelajari ilmu dron, di samping memupuk keupayaan pelajar untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran komunikasi dron yang selamat. Keunikan konsep pemikiran siber terletak pada keupayaannya membantu pelajar berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Pemikiran ini merangkumi enam komponen utama pemikiran komputasional, iaitu penguraian, pengecaman corak, peniskalaan, algoritma, penyahpepijatan dan pengitlakan, serta tiga komponen pemikiran tentangan, iaitu kreatif, analitikal dan praktikal. Melalui penerapan pemikiran siber, pembelajaran dron dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan teratur, sekali gus menyokong amalan pembelajaran yang beretika dan selamat selaras dengan keperluan era modenisasi.

