Abdullah bin Siddiq al-Ghumari Pembela Rasulullah SAW
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku ini merupakan analisis terhadap pemikiran cAbd Allah bin Siddiq al-Ghumari (w.1993) tentang isu penghinaan terhadap Rasulullah dalam karyanya al-Sayf al-Battār. 'Abd Allah al-Ghumari merupakan seorang tokoh prolifik yang banyak mengarang karya dalam pelbagai disiplin ilmu Islam seperti tafsir, hadis, nahu, mantik, balaghah, tauhid dan fikah. Beliau juga adalah tokoh yang responsif dalam menjawab permasalahan semasa antaranya isu penghinaan Rasulullah yang menjadi fokus kajian ini. Penghinaan terhadap Rasulullah SAW telah berlaku sejak baginda masih hidup dan berlarutan sehingga ke hari ini. Ia berlaku dalam pelbagai bentuk seperti penghinaan secara lisan, penulisan karya dan ilustrasi karikatur. Siri keganasan yang berlaku dalam kerangka Islamofobia juga saling berkait dengan isu penghinaan Rasulullah. Buku ini mengupas latar belakang dan sumbangan 'Abd Allah bin Siddiq al-Ghumari, meneliti peristiwa penghinaan Rasulullah SAW dan menganalisis pemikiran beliau dalam isu penghinaan Rasulullah SAW khusus pada karya al-Sayf al-Battār. 'Abd Allah al-Ghumari ialah seorang tokoh yang menguasai pelbagai bidang ilmu (polymath) sehingga mencapai tahap mujtahid yang mampu berinteraksi dengan dalil menggunakan kepakarannya sekali gus menjawab permasalahan tentang isu penghinaan Rasulullah SAW secara tuntas. Aspek pemikirannya yang terhimpun di dalam al-Sayf al-Battār merangkumi penghujahan ilmiah, pemahaman hubung kait nas dan realiti serta diiringi dengan kritikan sosial yang membina. Karya ini secara holistiknya jelas menggambarkan ketegasan 'Abd Allah al-Ghumari dalam membela Rasulullah daripada dihina tatkala negara-negara Islam berdepan kerancuan fungsi. Buku ini sangat penting buat masyarakat untuk menghadapi isu penghinaan Rasulullah daripada aspek hukum yang terkandung di dalam karya turath dan memahaminya dalam konteks zaman kontemporari merujuk kepada kerangka kefahaman fiqh al-nas dan fiqh al-waqi’.

