Cinta Kotak Hati

Cinta Kotak Hati

RM 29.00

ISBN:

978-629-7819-19-8

Categories:

General Novel
Romance

File Size

0.82 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

BLURB KELAB HATI - Shafina Sofea “Ada masalah cinta, sedih atau tertekan? Datanglah ke Kelab Hati! Kami sentiasa ada untuk membantu! Rahsia anda juga aman bersama kami.” Kim Sae Na bekerja sebagai salah seorang ahli Kelab Hati dan percaya tempat itu selamat untuk mereka yang patah dan terdesak. Bersama beberapa sukarelawan lain pelbagai kisah dan bermacam ragam manusia yang mereka hadapi setiap hari. Bahkan, terdapat juga kisah rumah tangga yang seringkali menjadi luahan hati. Sehinggalah satu hari, perbualan di kolumbarium mengubah segalanya. Sae Na mula sedar sesuatu tentang Kelab Hati. Tempat itu bukan sekadar ruang untuk meluah rasa. Tetapi, dibina atas satu kematian yang tidak pernah benar-benar sempurna! Pyo Hyun, pengasas kelab itu meninggal dunia selepas menjadi mangsa buli siber dan sejak itu, kepercayaan ahli sukarelawan mula retak satu demi satu. Apabila sebuah akaun misteri bernama The Justice muncul dan cuba berusaha untuk membongkar kronologi kematian Pyo Hyun, nama Jae Han salah seorang ahli sukarelawan mula menjadi sasaran mereka. Reputasi Kelab Hati terancam dan setiap rahsia yang pernah disimpan, berpotensi menjadi senjata besar The Justice. Dalam dunia di mana kebenaran boleh dimanipulasi dan keadilan dijadikan tontonan, siapakah yang sebenarnya sedang dihukum? BLURB BEAUTY OF ME - Nabila Nuri Manusia sering menilai melalui rupa dan darjat tanpa pernah menyedari betapa kejamnya kata-kata mereka meninggalkan luka dan parut. Park Eun Jung membesar dengan hinaan. Tubuhnya yang berbadan besar menjadikannya bahan ejekan, dipanggil gajah, badak sumbu dan pelbagai gelaran yang perlahan-lahan mematikan keyakinan dirinya. Di saat semua memandang rendah, hanya Kim Jaehyun yang memilih untuk berdiri di sisinya. Seorang jejaka popular yang tidak pernah melihat Eun Jung sebagai bahan ketawa, tetapi sebagai manusia yang juga layak untuk dihormati dan dicintai. “Kau kawan aku. Kawan tak tinggalkan kawan, tak kira susah ataupun senang.”- Kim Jaehyun Namun, cinta yang lahir tanpa syarat itu tidak pernah direstui. Tekanan keluarga dan rasa tidak layak membuatkan Eun Jung memilih untuk pergi meninggalkan Jaehyun tanpa penjelasan yang mampu menyelamatkan hati mereka berdua. “Jaehyun, maafkan aku…”- Park Eun Jung Lima tahun kemudian, takdir sekali lagi menemukan mereka semula. Luka lama masih berdarah di hati mereka, perasaan lama pula belum benar-benar mati. Persoalannya, adakah cinta yang pernah ditinggalkan dahulu mampu untuk diselamatkan atau Eun Jung akan sekali lagi melarikan diri daripada rasa tidak layak yang masih membelenggu dirinya? BLURB WHERE SHADOWS BLOOM - Shi Dean Adakala kesilapan di masa lalu tidak pernah selesai begitu saja. Malah ia dibawa mengharungi waktu dan bayang untuk kembali meletus. “Dah lama tak berjumpa, Inspektor Kai.” - Lee Taeyong “Kau hidup lagi?” - Kim Kai Persahabatan yang dahulunya penuh dengan gelak tawa kini menjadi api yang menyambar. Inspektor Kim Kai, sangat terpukul apabila mengetahui penjenayah yang dicarinya adalah sahabat sewaktu kecilnya, Lee Taeyong. Ternyata, Taeyong ingin kembali setelah bertahun hidup bertemankan bayang setelah kehilangan dunianya gara-gara keputusan Kai dulu. Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila Taeyong menculik tunang kepada Kai, Jung Rana. Dalam niat Taeyong ingin membalas dendam, kehadiran Rana ibarat setaman bunga menerangi bayang Taeyong. “...awak culik saya kerana dendam kepada Kai? Jika betul, awak dah salah faham kerana… bukan saya orangnya!” - Jung Rana Apabila kebenaran terbongkar, adakah pengampunan masih mempunyai tempat, atau semuanya berakhir dengan kehilangan sekali lagi? Masihkan ada ruang untuk Taeyong merasakan cinta yang dia sendiri tidak pasti miliknya?