Jejak Takdir Cinta

Jejak Takdir Cinta

RM 29.00

ISBN:

978-629-7819-18-1

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.02 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

BLURB #SIMFONI - Jueliana Rian Darian dan Evelina terpalit dalam sebuah hubungan rumit yang akhirnya membawa mereka kepada pilihan sukar, sama ada untuk terus melarikan diri dari takdir atau terima status yang menyakitkan kedua-dua pihak. Segala usaha telah mereka lakukan agar tidak terkait dengan isu tersebut. Namun, takdir seakan-akan tidak berpihak kepada mereka membuatkan Evelina sekali lagi terpaksa mengalah. “Aku buang semua pilihan yang aku ada hanya untuk sentiasa bersama kau. Sedangkan kau pula… Sentiasa mencampakkan aku untuk setiap pilihan yang kau buat.” - Rian Darian. “Aku dah berusaha banyak kali malah sejak dulu lagi, tapi semuanya gagal gara-gara kau!” - Evelina. Mampukah mereka meruntuhkan tembok yang dibina oleh takdir? Antara bisikan hati dan rasa takut yang menghantui diri masing-masing, Evelina dan Rian tetap terpaksa membuat pilihan. Adakah mereka akan kekal mengikuti irama luka atau mencipta simfoni yang membawa mereka pulang ke pangkuan bahagia? BLURB #ASTER - Rhu Biram Qatrunnada seorang gadis yang susah untuk jatuh cinta. Namun apabila hatinya mula tertarik pada seseorang yang langsung tak dikenali, perasaan itu sukar untuk dilepaskan walaupun mereka tidak pernah bersua muka. "Tapi kenapa setiap kali aku tengok video dia, hati aku rasa berbunga-bunga? Okey maybe bukan semua video dia yang mampu buat aku rasa macam tu." - Qatrun. Kemudian, hadirnya Yazan. Lelaki itu tidak pernah berputus asa untuk memikat hati si dara, meskipun Qatrun berkali-kali menolak. Sehingga akhirnya, dia sanggup melakukan satu kejutan besar yang berjaya mengusik jiwa Qatrun. "Qatrun, kalau ada apa-apa nak cerita. Saya ada untuk mendengar. Awak perlu tahu, saya selalu ada untuk awak. Saya ikhlas sayangkan awak." - Yazan. Waktu semakin mencemburui mereka, tatkala hubungan mereka semakin rapat. Muncul pula seorang lelaki bernama Zulan. Dan setiap petunjuk pada lelaki itu terlalu mirip dengan crush vibes yang Qatrun cuba lupakan. Semakin dia ingin mencari tahu, semakin banyak kisah silam keluarganya terbongkar sehingga perlahan-lahan memakan diri sendiri. Kebahagian yang mahu dikecapi, sebaliknya berubah menjemput derita. Bolehkah gadis seperti Qatrunnada benar-benar mendapatkan kebahagiaan yang selama ini dia hanya simpan di dalam hati? BLURB #CAHAYA - Lucyana Sebuah cinta perlukan pengorbanan, begitulah juga dengan seorang lelaki bernama Daim Irsyad. Ditinggalkan pada hari pernikahan bukan sesuatu yang mudah untuk diterima begitu saja. Tiada alasan yang kukuh diberikan sehingga mengundang pandangan jelek daripada ahli keluarga. Setiap waktu, kejadian memalukan itu diungkit membuatkan dia sukar untuk melupakan ataupun 'move on' daripada kisah lalu. Namun semua itu mulai berubah, di saat-saat akhir dia sedang bertarung dilema untuk terus bertahan. Hadirnya Jasmin Farzira, mulai menyuluh kehidupannya. Demi Jasmin, dia bangkit dan kembali bernyawa. Tetapi, siapa sangka ada kisah hitam di sebalik semua kejadian yang sudah pun berlaku. "Cahaya ini adalah cahaya yang menyuluh hidup aku. Baru sekarang kau muncul dan bongkarkan semuanya. Kenapa?" - Daim Irsyad. "Sebab aku dah tak sanggup menanggung rasa bersalah terhadap kau dan Julia. Sungguh! Aku menyesal, Daim." - Amilin Sofea. Siapa pula Amilin Sofea dalam hidup Daim dan Julia? Mampukah Daim mempertahankan cahaya kehidupannya dikala rahsia hitam milik keluarga sedang membelenggu?