KANVAS MODEL PERNIAGAAN - INOVATIF DAN KREATIF
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
DR. MELVIN MOJIKONSynopsis
Buku KANVAS MODEL PERNIAGAAN - INOVATIF DAN KREATIF yang dihasilkan oleh penulis dengan tujuan untuk membantu para pembaca, sama ada usahawan baharu, pelajar institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta, atau pemilik perniagaan, memahami asas dan kepentingan Kanvas Model Perniagaan. Ia dirangka untuk memberikan panduan yang jelas, langkah demi langkah, serta contoh-contoh praktikal yang relevan bagi memudahkan penggunaannya dalam pelbagai situasi. Kanvas Model Perniagaan telah menjadi alat strategik yang sangat berkesan untuk memahami, merancang, dan menyesuaikan model perniagaan di pelbagai sektor. Ia menyediakan pendekatan visual dan sistematik untuk mengenal pasti elemen-elemen penting dalam operasi perniagaan. Dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah, kemampuan untuk beradaptasi dan memahami keperluan pelanggan adalah kunci kepada kejayaan. Kanvas Model Perniagaan bukan sahaja membantu mengenal pasti peluang, tetapi juga membantu dalam mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki. Melalui pendekatan ini, perniagaan dapat mengekalkan daya saing mereka di pasaran. Penulis berharap buku ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat, membantu menjelaskan misi, visi, dan objektif perniagaan para pembaca, dan menjadi panduan untuk mencipta strategi yang berkesan. Dengan memahami dan menguasai Kanvas Model Perniagaan, para pembaca dapat membina perniagaan yang bukan sahaja mampan tetapi juga inovatif dan kreatif.

