SIRI SOAL JAWAB KEFAHAMAN ISLAM: ILMU CABARAN SEMASA DAN PENDIDIKAN
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Memahami cabaran semasa adalah prasyarat perubahan nasib sesuatu bangsa. Sepanjang sejarah, Kaum Muslimin tidak terkecuali daripada menghadapi berbagai cabaran, dan semua cabaran itu perlu difahami punca-puncanya sebelum dapat diatasi. Buku ini mengangkat persoalan cabaran semasa Kaum Muslimin dengan membahaskan punca-punca masalah dan penyelesaiannya. Ia mengandungi perbahasan tentang Kebudayaan Barat dan ciri-cirinya, agenda pensekularan dan bagaimana ia menular ke dalam pemikiran Kaum Muslimin. Tidak lupa dibahaskan adalah masalah keruntuhan adab yang berpunca daripada kesalahan Kaum Muslimin sendiri. Penyelesaian yang dianjurkan adalah berupa usaha penjernihan semula pemikiran umat Islam melalui reformasi pendidikan yang berteraskan pandangan alam Islam.

