Memori 528 - Di sudut kamar hatiku

Memori 528 - Di sudut kamar hatiku

RM 35.00

ISBN:

memori528

Categories:

Romance

File Size

3.34 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Publisher

Penamisteri

Synopsis

Delaila atau Ela, wanita metropolitan yang cantik dan berpendidikan, sentiasa gagal menemukan kebahagiaan dalam cinta. Setiap lelaki yang hadir dalam hidupnya meninggalkan luka yang semakin parah. Bermula dengan Zarul yang mengkhianati cinta mereka di luar negara, diikuti Johny yang memikat hatinya sebelum sebuah tragedi ngeri yang mengorbankan adik Wati iaitu kawan baik Ela sendiri. Kemudian hadir Dr. Shamsul, lelaki beristeri yang membuatkan Ela terperangkap dalam hubungan rahsia akibat ilmu pengasih. Disebalik semua kegagalan itu, Azlan atau Abang Lan yang hadir sebelum Ela membalas cinta Zarul tidak pernah benar benar menghilang daripada hidupnya. Lelaki yang pernah ditolaknya itu terus hadir pada saat paling sukar, seolah olah menjadi bayang takdir yang sentiasa mengekori perjalanan hidup Ela. Namun apabila Ela akhirnya mula menyedari nilai cinta dan keikhlasan yang pernah diabaikan, segala galanya sudah terlambat. Sekembalinya dari Jerman, rentetan peristiwa aneh mula menghantui hidup Ela. Kemunculan wajah yang dikenali, mimpi yang terasa nyata, dan sebuah wasiat kereta TSD 528 F yang tidak dijangka, membongkar rahsia yang selama ini tersembunyi. Apakah cinta sejati sebenarnya telah berada di hadapannya sejak dahulu? Atau ada misteri yang masih belum terungkai di sebalik kematian Abang Lan? Siapakah Badrul, lelaki misteri yang muncul diakhir cerita? Sebuah kisah cinta, kehilangan dan penyesalan yang akan menguji batas hati serta kepercayaan terhadap takdir.