SAMPAI BILA
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
OKID NEELAM TEJASynopsis
Kisah sebuah keluarga besar di Kota Kinabalu, Sabah yang kelihatan berjaya di mata masyarakat, namun di dalamnya sarat dengan konflik. Ayah, seorang pesara pegawai kerajaan, dan ibu yang semakin uzur, berusaha menyatukan enam anak perempuan serta beberapa anak lelaki mereka. Namun, ego, persaingan, dan perebutan harta bandar menjadi api yang memecah belah. Kakak sulung yang dulu banyak berkorban menjaga keluarga mula dilupakan. Group A, yang rapat dengan kakak sulung, masih cuba menjaga silaturahim. Sebaliknya, Group B, terdiri daripada adik-adik yang berjawatan tinggi dan hidup bergaya, semakin renggang — jarang bertanya khabar, jarang menelefon, malah menyembunyikan aktiviti media sosial mereka. Anak perempuan ke-4, seorang profesional, jadi saksi dan suara hati keluarga. Dia melihat jurang makin melebar, sedangkan orang tua makin tua. Namun egonya masing-masing makin menebal. Selepas ayah dan ibu meninggal, perebutan rumah bandar lama di Likas meletus. Group A mahu mempertahankannya sebagai simbol keluarga, tetapi Group B desak jual untuk bahagikan duit. Konflik berpanjangan hingga ke tahun 2025. Walaupun semua sudah ada kehidupan masing-masing, luka lama tidak sembuh. Rumah pusaka masih tergantung, persaudaraan semakin retak. Pertanyaan itu berulang dalam hati setiap yang terlibat: “Sampai bila?

