ALTAR CINTA
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
SHAMYL SHAMSUDDINSynopsis
Razmi bin Hassan tidak pernah menyangka bahawa mencintai boleh menjadi begitu menyakitkan. Sebagai pensyarah muda di Universiti Malaya, dia jatuh cinta dengan Rina, seorang pensyarah sastera yang puitis dan misteri. Tetapi rahsia keluarga yang kelam memaksa mereka berpisah. Dia mengorbankan cintanya di altar keluarga. Kemudian datang Izara, tunang yang dijodohkan ibunya. Tetapi Izara tiba-tiba berubah dingin dan memutuskan pertunangan. Bertahun-tahun kemudian, Razmi mengetahui kebenaran yang mengejutkan, Izara mengorbankan hubungan mereka demi persahabatan dengan Rina. Akhirnya, Razmi berkahwin dengan Nur, seorang jururawat muda yang jujur tetapi belum matang. Perkahwinan mereka diuji dengan konflik keluarga, kematian ibu Razmi, dan diagnosis kanser. Nur meninggalkannya di saat dia paling memerlukan. Terlantar di katil hospital, antara hidup dan mati, Razmi akhirnya menemui jawapan kepada persoalan yang menghantui sepanjang hidupnya: Apakah makna cinta yang sebenar? "Altar Cinta" adalah perjalanan spiritual seorang lelaki yang mencari cinta manusia tetapi akhirnya menemui cinta yang tidak pernah mengecewakan , cinta Ilahi.

