AKU NAK TENANG

AKU NAK TENANG

RM 39.00

ISBN:

978-629-92677-1-3

Categories:

Motivation
General Academics
Family & Health

File Size

0.60 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini memberi tumpuan pada refleksi dalaman dan kearah penyembuhan diri (Self-healing), perbaiki diri lebih baik melalui gabungan cara Metacognition dan Programming minda separa sedar (Subconscious mind). Panduan dalaman untuk kawal minda separa sedar yang mengawal 95% secara automatik dalam hidup kita. Mempengaruhi apa dan siapa yang hadir dalam hidup kita tanpa kita sedar samada positif atau negatif. Cara ini juga membantu membentuk identiti diri baru versi lebih baik, self-sufficient dan emotional intelligence, buat keputusan hidup secara bijak dan rasional tanpa lagi dikawal emosi negatif. Gabungan ini juga sesuai sebagai panduan untuk masalah bagi mereka yang mula rasa kehilangan diri, kosong, tiada semangat untuk hidup walaupun telah banyak perbaiki ibadah. Juga, untuk mereka yang jiwa sensitif dari segi emosi yang memberi kesan buruk kepada hubungan dengan orang tersayang dan sekeliling. Selain itu juga sesuai bagi mereka yang sentiasa dibebani emosi dan perasaan negatif, serabut dalaman, seperti rasa takut dan bersalah berlebihan sehingga mengganggu aktiviti dan proses pembuatan keputusan harian. Pada akhir pembacaan buku ini, pembaca dapat belajar fahami sistem intelligence badan dan minda yang Tuhan kurniakan, fahami setiap emosi, perasaan dan fikiran yang hadir berserta mesej tersembunyi yang ingin disampaikan. Daripada pembacaan buku ini juga pembaca dapat memahami secara mendalam elemen Self-love & mastery kearah penyembuhan diri juga membezakan 3 dialog suara dalam diri yang sentiasa cuba berkomunikasi sebagai panduan dan perlindungan diri. Selain itu, pembaca dapat memperbaiki cara pembuatan keputusan harian secara rasional dan bijak tanpa dikawal emosi dan penyesalan dengan praktis Metacognition dalam hidup seharian. Pembaca juga diberi panduan cara untuk ubah perspektif minda separa sedar (Subconscious mind) ke arah keberlimpahan dalam hidup dan ketenangan berserta refleksi dan gratitude checklist harian. Buku ini juga menggalakkan pembaca menjadi pembaca yang bijak dengan praktis panduan ini melalui permerhatian dan buat perbandingan antara isi kandungan buku ini dengan pengalaman sebenar hidup seharian, membentuk percaya diri dan tidak terima semua info bulat-bulat dengan mudah.