Menyemai Etika dan Membina Peradaban: Mencapai Kesejahteraan Bersama

Menyemai Etika dan Membina Peradaban: Mencapai Kesejahteraan Bersama

Promosi Maulidur Rasul
Sale ends in
RM 30.00
RM 21.00
-30% off

ISBN:

978-967-2477-34-1

Categories:

General Academics
Lifestyle

File Size

37.20 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

“ETIKA SEBAGAI KOMPAS, PERADABAN SEBAGAI LEGASI” Bagaimanakah Malaysia dapat berkembang sebagai sebuah negara yang bersatu, beretika dan berdaya tahan? Buku ini menawarkan perspektif baharu yang bersifat antara disiplin tentang pemupukan nilai integriti, saling menghormati dan tanggungjawab sebagai asas pembinaan peradaban yang kukuh serta berkekalan. Di samping itu, buku ini turut menekankan pembinaan jati diri individu dan pengukuhan fabrik sosial masyarakat sebagai teras kesejahteraan bersama. Dalam konteks kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia, usaha mencapai keharmonian yang berkekalan memerlukan lebih daripada sekadar pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik. Sebaliknya, ia menuntut pembinaan masyarakat yang berpaksikan nilai etika, kemanusiaan dan peradaban yang mampan. Sebagai teks teras bagi kursus MPU Penghayatan Etika dan Peradaban, buku ini menyokong agenda nasional seperti Dasar Perpaduan Negara, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara. Ditulis oleh para akademik daripada universiti awam dan swasta, setiap bab menggabungkan ketelitian analisis ilmiah dengan contoh dunia sebenar yang merangkumi pelbagai isu semasa seperti kesedaran sosial, tanggungjawab sivik, cabaran era digital, pembangunan lestari serta usaha memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk. Buku ini mengajak pembaca khususnya pelajar, pendidik, pembuat dasar dan warga prihatin untuk merenung secara mendalam, berfikir secara kritis dan bertindak secara beretika. Karya ini hadir tepat pada masanya sebagai panduan dalam membina Malaysia yang adil, inklusif