PENGEMBANGAN KREATIVITI MELALUI TEKNOLOGI REALITI TERIMBUH
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Pengembangan Kreativiti Melalui Teknologi Realiti Terimbuh Kemajuan teknologi digital telah mengubah kurikulum pendidikan Malaysia ke tahap yang lebih mencabar, dengan matlamat utama memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk melahirkan murid yang mampu menghasilkan produk kreatif berasaskan teknologi. Matlamat utama adalah untuk mencapai pengajaran dan melahirkan murid yang kreatif melalui teknologi Realiti Terimbuh (AR). Teknologi Realiti Terimbuh (AR) berpotensi membantu mengatasi cabaran ini. Penggunaan AR berkesan dalam meningkatkan kreativiti murid dengan memberi kesan signifikan terhadap ketulenan, kefasihan, kelenturan dan penghuraian idea-idea kreatif. Pengetahuan tentang penggunaan aplikasi AR dalam pendidikan RBT dan menunjukkan potensi besar AR sebagai alat bantu mengajar. Dalam era globalisasi ini, persaingan dalam semua bidang semakin meningkat dan penuh dengan cabaran semasa. Negara memerlukan strategi dan kemampuan mendepani setiap cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan mengembangkan kreativiti dan inovasi terhadap generasi muda. Melalui kreativiti dan inovasi, keunikan dan potensi generasi muda dapat ditingkatkan untuk terus berada di barisan hadapan dalam mengharungi persaingan yang semakin mencabar.

