Kebolehpasaran Graduan dari Perspektif Psikologi Positif
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Dalam pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif dan berkembang pesat, kebolehpasaran graduan telah muncul sebagai fokus utama bagi pelajar, pendidik dan majikan. Pada masa kini, graduan perlu menunjukkan pelbagai ciri yang dikehendaki oleh majikan seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Dengan perkembangan teknologi moden, graduan juga perlu mengadaptasi kompetensi selari dengan keperluan pekerjaan. Di sebalik isu kebolehpasaran ini, kita juga perlu sedar bahawa ciri-ciri peribadi ini boleh dilatih supaya potensi setiap graduan boleh ditingkatkan. Ciri-ciri ini termasuklah personaliti, komunikasi, penyelesaian masalah, celik digital dan kecerdasan emosi yang menjadi fokus majikan. Buku ini membantu graduan memahami kemahiran dan ciri-ciri yang penting yang diperlukan untuk berkembang maju di luar universiti. Lebih daripada sekadar mendapatkan pekerjaan, kebolehpasaran dan kebolehkerjaan merangkumi pertumbuhan peribadi, kebolehsuaian dan pembelajaran sepanjang hayat. Buku ini menyelidiki kecekapan teras yang dicari oleh majikan termasuk motivasi pencapaian, efikasi kendiri, resilien, optimisme, kecekalan dan berkembang maju yang boleh menyerlahkan keterampilan identiti profesional. Ia menangani kedua-dua cabaran dan peluang yang dihadapi oleh graduan dari pelbagai latar belakang, menawarkan laluan inklusif dan memperkasakan ke arah kerjaya yang bermakna. Buku ini sangat sesuai untuk setiap lapisan masyarakat seperti mahasiswa, majikan, golongan pekerja, pendidik dan orang awam secara keseluruhannya. Perspektif psikologi positif yang dibicarakan dalam buku ini bukan sahaja boleh meningkatkan potensi diri individu, tetapi juga penting untuk membentuk naratif kerjaya graduan dan memenuhi permintaan pasaran.

