TEKNIK PENGEKSTRAKAN MAKLUMAT JADUAL LUKISAN KEJURUTERAAN: Bagi Reka Bentuk Guna Semula
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Mohd Fahmi Mohamad AmranSynopsis
Keperluan mendapatkan semula maklumat daripada ribuan lukisan kejuruteraan secara pantas semakin penting dalam industri pembinaan, pembuatan, mekanikal dan bidang berkaitan. Namun, perbezaan susun atur serta ketidaklengkapan struktur jadual sering menyukarkan proses pengekstrakan maklumat dan menjejaskan usaha guna semula reka bentuk. *Teknik Pengekstrakan Maklumat Jadual Lukisan Kejuruteraan bagi Reka Bentuk Guna Semula* menghuraikan pembangunan pendekatan berasaskan kaedah sembilan titik persilangan untuk mengenal pasti sempadan, struktur sel dan kandungan jadual dalam lukisan kejuruteraan berformat DXF. Buku ini turut menerangkan kaedah pengisihan entiti teks dan garisan, penggunaan jarak toleran bagi mengesan serta membetulkan ketidaklengkapan struktur, pembangunan aplikasi carian menggunakan C#, penyimpanan output dalam format XML serta pengujian keberkesanan teknik yang dibangunkan. Disertai carta alir, kod pseudo, rajah dan dapatan pengujian, buku ini menjadi rujukan teknikal yang sistematik untuk penyelidik, jurutera, pengamal industri dan pelajar dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk berbantukan komputer, komputeran serta pengekstrakan maklumat.

