Hey, Mr. Bossman

Hey, Mr. Bossman

RM 15.00

ISBN:

MrBossman_00

Categories:

General Novel
Romance

File Size

2.38 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Sinopsis Zarith Sofea, gadis sederhana yang bekerja sebagai seorang pengurus sumber manusia. Tiba-tiba, dia berdepan dengan krisis besar dalam hidupnya apabila syarikat tempatnya bekerja diambang muflis. Dalam masa yang sama, emaknya pula sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi. Di saat hidupnya hampir musnah, muncul sang perwira yang paling tidak disangka-sangka hadir menjadi penyelamat dirinya. Zachry Shah, Mr. CEO yang terkenal dengan sifat dingin, tegas dan sukar didekati para pekerjanya. Pucuk dicita ulam mendatang, lelaki itu telah menawarkan satu perjanjian yang mengubah hidup Zarith Sofea 360 darjah. Mereka perlu menjalani perkahwinan kontrak! Zachry Shah perlu menutup mulut keluarganya yang sentiasa mendesak untuk dia mendirikan rumahtangga. Sementara Zarith Sofea pula akan menerima ganjaran yang cukup lumayan demi menyelamatkan emaknya yang sedang menanggung kanser usus tahap 3. Dengan berat hati, Zarith Sofea memilih untuk bersetuju dengan tawaran lelaki itu. Namun, kehidupan sebagai isteri kepada ‘Mr. Bossman’ bukanlah seperti yang diangankannya. Zachry Shah seorang yang suka berahsia, dingin dan seorang suami yang sukar untuk difahami. Hakikat yang mengikat hidup mereka berdua, meskipun tinggal sebumbung namun hidup mereka umpama dua orang asing sahaja. Waktu bergilir dan dalam diam, Zachry Shah mula mengambil berat akan isteri kontraknya. Dia melindungi tanpa balasan. Dia mendekati tetapi… caranya sering dipersoalkan sang isteri. Masalah kian timbul apabila perjanjian antara mereka hanya sementara. Satu demi satu rahsia besar mereka pecah. Akhirnya, Zarith Sofea terpaksa memilih sama ada putus atau teruskan perkahwinan ini. Dia perlu kekal dengan gelaran ‘isteri kontrak’ kepada Zachry Shah atau dirinya melangkah pergi sebelum hatinya benar-benar dilanda kehancuran yang dahsyat. Akankah bahagia milik Zarith Sofea selamanya? Sama-sama kita rungkaikan dalam Hey, Mr. Bossman.