Khilaf Semalam
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Yaya Abdul RahmanSynopsis
Sinopsis Lateesya mula sedar bahawa hidup bersama Eedan bukan lagi tentang cinta, tetapi tentang bertahan demi anak yang bakal lahir. Setiap hari dia hidup dalam kebimbangan. Dalam diam, Lateesya mula mempersoalkan sama ada lelaki yang dikahwininya benar-benar seorang pelindung atau sebenarnya punca kepada segala penderitaan yang menyesakkan jiwa. Saat tekanan hidup semakin menghimpit dan rahsia demi rahsia mula terbongkar, Lateesya terpaksa membuat pilihan paling sukar dalam hidupnya. Sama ada dia terus bertahan demi kebahagiaan rumahtangganya atau pergi menyelamatkan diri sebelum semuanya terlambat. Pertanyaan ringkas seorang isteri, “Abang malu ada isteri macam saya?” menjadi titik permulaan keretakkan rumahtangga yang tidak mampu lagi disembunyikan. “Apa abang nak… semua saya turutkan. Tetapi pada malam tu saya persis isteri paling hina dalam hidup abang. Kenapa abang sanggup buat saya macam tu?” – Lateesya Walaupun, Eedan menafikan segala-galanya, Lateesya dapat melihat sendiri keraguan dalam mata lelaki itu. Kata-kata dingin dan sikap acuh tak acuh Eedan membuatkan hati Lateesya semakin dihimpit kecewa. “Abang tak pernah pandang serius dengan setiap masalah yang membelenggu hidup kita. Mulai hari ni, kita tidur bilik asing. Abang tidur bilik sekarang. Saya pindah bilik lain. Kalau bapa bertanya, pandailah abang menjawab dengan bapa. Saya ni bukannya penting dalam hidup abang…” – Lateesya Dengan hati yang remuk, Lateesya memilih untuk menjauhkan diri sebelum dirinya terus hancur. Dia tidak lagi mahu merayu perhatian lelaki yang gagal mempertahankan maruahnya sebagai seorang isteri. Kini dua hati sedang bertarung dengan ego, penyesalan dan luka yang sukar untuk disembuhkan kembali. Bagaimanakah kesudahan rumahtangga mereka? Akankah Lateesya menemukan kebahagiaannya? Sama-sama kita telusuri dalam Khilaf Semalam.

