Leftenan Izzar Mencari Jodoh

Leftenan Izzar Mencari Jodoh

RM 15.00

ISBN:

LefIzMenJod_00

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.08 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Sinopsis "Ah! Masa nak cari jodohlah, dia kena turun misi ketenteraan di Andalusia.” Leftenan Izzar, seorang pegawai tentera yang berdisiplin, berani dan setia kepada negara akhirnya akur dengan desakkan keluarga untuk mencari pasangan hidup setelah sekian lama mengutamakan kerjaya. Namun, ketika usahanya untuk membuka hati dan mengenali seseorang baharu sahaja bermula, dia menerima arahan yang tidak betah ditolaknya. Leftenan Izzar ditugaskan menyertai satu misi ketenteraan berisiko tinggi di Andalusia. Sebuah wilayah yang menyimpan sejarah agung tamadun Islam serta menjadi lokasi penting kepada operasi antarabangsa. Misi tersebut bukan sekadar menguji kecekapan taktikalnya, malah mengheretnya ke dalam konflik yang melibatkan rangkaian jenayah rentas sempadan, pengkhianatan, dan perebutan artifak bersejarah yang mampu mengubah keseimbangan politik dunia. Dalam keadaan nyawa menjadi taruhan, Leftenan Izzar terpaksa mengetepikan desakkan keluarga demi melaksanakan amanah yang dipikul. Di Andalusia, pertemuannya dengan seorang wanita yang bijak dan berani membuka lembaran baharu dalam hidupnya. Wanita itu bukan sahaja membantu pasukannya menelusuri petunjuk penting, malah mengajarnya bahawa keberanian sebenar bukan hanya di medan perang tetapi juga dalam menerima kasih sayang dan membina kepercayaan. Ketika misi semakin hampir mencapai kemuncak, Leftenan Izzar berdepan pilihan yang sukar. Adakah dia sanggup melepaskan peluang untuk membina masa depan bersama insan yang mula bertakhta di hati atau terus mengutamakan tanggungjawab sebagai seorang pegawai tentera? Akhirnya, Leftenan Izzar menyedari bahawa takdir telah berjaya menemukan jodohnya di tempat yang paling tidak disangka-sangka.