Bodyguard Pilihan Tengku
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Yaya Abdul RahmanSynopsis
Azaleya Suhaila atau lebih dikenali sebagai Suhail, si gadis bongsu yang membesar dengan karakter lasak umpama lelaki. Dia mengorak langkah berani memohon jawatan sebagai pengawal peribadi kepada kerabat diraja paling berpengaruh, Tengku Ayden Haidar. Walau hanya 5% daripada pemohon adalah wanita, Suhail nekad memecah tradisi. Bagi dia, ini bukan sekadar peluang kerjaya tetapi medan membuktikan wanita juga mampu berdiri setaraf lelaki dalam tugas penuh disiplin dan berisiko tinggi. Segalanya berubah saat Suhail pertama kali bertentang mata dengan Tengku. Suara macho, renungan tajam dan ketampanan luar biasa lelaki itu mengugahkan hati wanitanya yang selama ini keras umpama besi. Ketika sesi temuduga, Suhail bukan sahaja menyatakan kemampuannya tetapi menzahirkan kekaguman yang ikhlas kepada peribadi Tengku yang aktif dalam kerja amal juga misi-misi kemanusiaan yang dilakukan. Tengku Ayden Haidar, kerabat diraja juga CEO muda yang amat dikagumi dan dihormati. Beliau cukup sempurna di mata dunia. Namun, cuma satu kekosongan dalam hidupnya masih belum terisi iaitu jodoh. Setiap kali hadir ke majlis keraian keluarga, pasti isu hangat itu menjadi bahan utama bebelan Tengku Mummy dan Tengku Daddy. Adik-beradiknya sudah berpasangan malah hanya dia masih membujang. Tohmahan halus mula singgah dari kiri dan kanannya. Dakwaan beliau mungkin tidak meminati wanita juga wujud. “Mummy tak nak anak mummy yang seorang ni orang panggil gay.” – Tengku Mummy Di sebalik tekanan yang menghimpit, hadir seorang wanita yang setia di sisi, Suhail pengawal peribadinya. Wanita yang tampil dengan gaya lasak, namun penuh keikhlasan dan kesetiaan. Suhail bukan seperti wanita lain yang pernah menempel dalam hidupnya, sering memujuk rayu dan menggoda. Di samping itu, Suhail sering menjadi saksi pertengkaran Tengku bersama keluarganya. Namun, dia tidak jemu berdiri teguh di sisi Tengku. Walaupun, sekadar ‘bayang-bayang’ pelindung Tengku. Bicaranya juga lebih jujur. Tengku mula melihat sisi Suhail yang tulus, kagum dan menyimpan rasa hormat yang tinggi terhadap misi-misi kemanusiaan yang dijalankan Tengku. Misi kemanusiaan di Korea petanda hati masing-masing mula berbunga. Hati mereka mencair bersama salji tebal yang gugur ke bumi. Ternyata, jodoh bukan datang bergolek tetapi berdiri di belakang. Menanti masa untuk disedari oleh si Tengku sahaja

