Sahmura Untuk Haq
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Yaya Abdul RahmanSynopsis
Sahaq umpama perwira yang menjadi lambang kekuatan seorang nakhoda. Hidupnya sendiri adalah sebuah perjalanan penuh liku. Dalam kepingan-kepingan waktu yang berlalu, Sahaq mengabdikan dirinya untuk emak yang menghidapi sakit tua. “Emak, Along tahu emak tak lalu makan tetapi bubur ni lembut dan mudah ditelan. Kalau emak makan, emak akan bertenaga. Kita boleh berbual bersama-sama. Along ada untuk teman emak.” – Sahaq Kehidupan Sahaq bertambah berat ketika sahabat karibnya, Ramlee yang sentiasa dikenang kerana kebaikannya, meninggal dunia secara mengejut. Ramlee meninggalkan tiga orang anak yang masih memerlukan perlindungan dan kasih sayang. Sahaq yang menghargai erti persahabatan, tidak teragak-agak untuk menggalas amanah itu. Dia memelihara anak-anak arwah dengan penuh keikhlasan. Sahaq memberikan kasih sayang kepada anak-anak arwah dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ibu ayah mereka. “Dahulu masa arwah ayah ada, kami selalu makan nasi putih berkuahkan air garam. Lauk kepala ikan bilis goreng. Badan ikan bilis ibu gunakan untuk merencah sayur. Kami tak pernah beli sayur dari kedai sebab ibu rajin bercucuk-tanam tepi rumah. Arwah ayah kata tangan ibu sejuk. Tanaman suka dijaga oleh ibu.” – Angah Walau bagaimanapun, sebagai abang sulung tanggungjawab Sahaq tidak terhenti di situ. Amanah emak untuk menjaga geran rumah keluarga menjadi beban tambahan di pundaknya. Rumah kampung itu menjadi simbol memori keluarga mereka. Sahaq bertekad melindungi rumah warisan keluarga dengan segala kudrat yang tersisa. Meskipun, cabaran kewangan dan tekanan hidup sering kali mengancam kestabilannya. “Susah-susah sangat cagarkan sahajalah geran rumah ni, Along. Nanti kalau perniagaan kami kembali pulih, Uda tuntut balik geran yang dicagar dengan pihak bank.” – Uda Nora sebagai isteri Sahaq pula terperangkap dalam dilema pergolakkan emosi. Dia berada di antara persimpangan dua belah pihak iaitu suami yang memerlukan sokongan dan adik ipar yang menghadapi kesulitan hidup. Nora telah dihimpit situasi yang penuh ketegangan. Tambahan pula, dirinya sudah sedia berat dengan tanggungjawab yang dipikul. Nora tetap berusaha mencari jalan penyelesaian buat dua beradik itu. Dirinya umpama seorang hakim wanita di tengah kamar penghakiman. Dia berusaha mencari irama yang harmonis untuk menyatukan dua hati yang sering bertelagah. “Uda, sampai hati Uda memperlakukan begini dengan Kak Nora. Apa dosa Kak Nora dengan Uda? Apa salah Kak Nora sehingga Uda bersikap kurang ajar begini dengan Kak Nora? Selama Kak Nora dalam keluarga ni Uda melayan Kak Nora dengan baik. Sekarang semata-mata kerana sekeping geran rumah, Uda memperlakukan Kak Nora umpama kucing kurap! Sampai hati Uda...” – Nora Sahmura Untuk Haq adalah sebuah kisah yang penuh dengan dilema dan pengorbanan. Antara kasih dan tanggungjawab yang membatasi segala halangan. Apakah yang terjadi seterusnya? Sama-sama kita selami dalam Sahmura Untuk Haq.

