Osteoartritis Sendi Lutut dan Penjagaan Kendiri
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
OSTEOARTRITIS SENDI LUTUT DAN PENJAGAAN KENDIRI Adakah anda atau orang tersayang sering mengalami sakit lutut yang mengganggu pergerakan dan aktiviti harian? Osteoartritis (OA) lutut ialah antara masalah sendi yang paling kerap berlaku, terutamanya dalam kalangan warga emas. la boleh menyebabkan kesakitan kronik, kekakuan sendi dan kesukaran untuk bergerak. Namun, dengan pengetahuan dan langkah pengurusan yang betul, keadaan ini boleh dikawal dengan lebih berkesan. Buku ini menawarkan panduan praktikal yang mudah difahami untuk membantu anda memahami dan mengurus OA lutut dengan lebih yakin. Berasaskan bukti saintifik terkini, pengalaman klinikal pakar fisioterapi serta dapatan penyelidikan PhD dalam pengurusan kendiri OA lutut, buku ini membimbing pembaca melalui lima bab penting, daripada memahami struktur lutut dan punca OA, kepada strategi penjagaan kendiri, senaman yang selamat dan berkesan, serta pilihan rawatan tambahan. Ditulis dalam bahasa yang jelas dan mesra pembaca, buku ini bukan sekadar sumber maklumat, tetapi panduan untuk membantu anda kekal aktif, berdikari dan meningkatkan kualiti hidup. Mulakan langkah pertama ke arah lutut yang lebih sihat hari ini.

