Refleksi Usaha & Penyelarasan ICU JPM: Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Untuk mengecap tahap pembangunan dan kemajuan ekonomi seperti mana sekarang ini, bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan usaha dan penyelarasan agar segala dasar, inisiatif, program atau projek Kerajaan mencapai matlamat perancangannya. Apa yang lebih penting, manfaat pelaksanaannya dapat dirasai dan dinikmati oleh kumpulan sasar. Menyedari akan hakikat ini, tugas penyelarasan dan pemantauan dipertanggungjawabkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri atau lebih sinonim dengan nama ICU JPM. Lahir ketika pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), ICU JPM berperanan dalam urusan pemantauan pelaksanaan dan penilaian program serta projek pembangunan Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). ICU JPM turut membina asas bagi merealisasikan agenda pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan Bumiputera. Dasar dan inisiatif berkaitan kesejahteraan rakyat ini sentiasa diperbaharui dan telah diperluaskan merangkumi aspek perlindungan sosial untuk lebih komprehensif dan terangkum. Sebagai Agensi Pusat, ICU JPM turut melaksana dan menyelaras usaha pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Satu lagi keistimewaan peranannya adalah dalam konteks tadbir urus Badan-Badan Berkanun Persekutuan. ICU JPM beradaptasi dengan perkembangan dasar dan inisiatif Kerajaan semasa menjadikannya dinamik dan berevolusi sebagai jentera penggerak yang khusus dan strategik untuk melengkapkan matlamat pembangunan negara. Kesemua usaha dan penyelarasan ini diperkukuhkan lagi melalui penggunaan teknologi dan digitalisasi penyampaian perkhidmatan. Meskipun begitu, penglibatan ICU JPM seolah-olah terpinggir daripada pengetahuan umum berikutan daripada kurangnya penulisan yang berkaitan. Oleh itu, sudah tiba masanya segala fungsi, peranan, dan sumbangan yang dimainkan oleh ICU JPM dibukukan untuk tatapan umum. Pada masa yang sama, hadirnya buku ini merupakan refleksi tepat penglibatan ICU JPM setelah lebih 50 tahun dalam merealisasikan agenda negara dan menyantuni rakyat.

