Warisan, Kreativiti dan Pembangunan Lestari Nusantara Identiti Budaya dan Kearifan Tempatan
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku Warisan, Kreativiti dan Pembangunan Lestari di Nusantara: Identiti Budaya dan Kearifan Tempatan menghimpunkan wacana interdisiplin yang menelusuri hubungan dinamik antara warisan budaya, ekspresi kreatif dan agenda pembangunan lestari di rantau Nusantara. Merangkumi perbincangan tentang seni kraf, seramik, sastera, _lem, teater tradisional, ekonomi komuniti serta dasar awam, buku ini mengetengahkan warisan bukan sekadar tinggalan masa lalu, tetapi sebagai sumber nilai, identiti dan inovasi kontemporari. Berasaskan kajian lapangan dan analisis kritis, setiap bab membincangkan cabaran pemodenan, perubahan teknologi dan globalisasi terhadap kelestarian budaya, di samping mengemukakan strategi praktikal untuk memperkasa kearifan tempatan dalam konteks pembangunan yang inklusif dan berdaya tahan. Secara keseluruhan, buku ini menjadi rujukan penting kepada ahli akademik, penggubal dasar, penggiat budaya dan pelajar yang prihatin terhadap masa depan warisan dan pembangunan berteraskan identiti tempatan.

