Kitaran Baharu Bahan Terbuang: Teknologi Filem Biodegradasi Untuk Pertanian

Kitaran Baharu Bahan Terbuang: Teknologi Filem Biodegradasi Untuk Pertanian

RM 21.00

ISBN:

978-629-486-708-6

Categories:

General Academics

File Size

6.86 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Sisa tayar akhir hayat merupakan cabaran alam sekitar global yang semakin membimbangkan. Buku ini memperkenalkan inovasi bahan sungkupan pertanian berasaskan selulosa yang digabungkan dengan karbon hitam kitar semula (rCB) sebagai alternatif mesra alam kepada plastik konvensional berasaskan petroleum. Melalui pendekatan ekonomi kitaran, tayar terpakai yang sukar dilupuskan ditukar menjadi bahan bernilai tinggi melalui teknologi pirolisis. Karbon hitam hasil kitar semula ini kemudiannya digabungkan dengan selulosa daripada linter kapas untuk menghasilkan filem sungkupan biodegradasi yang memenuhi keperluan pertanian tropika. Buku ini membincangkan secara menyeluruh tentang proses penghasilan, pencirian bahan, prestasi mekanikal dan terma, serta ujian biodegradasi filem selulosa-rCB. Kandungan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami, sesuai untuk pelajar, penyelidik, pengamal industri dan sesiapa yang berminat dalam bidang bahan lestari, teknologi hijau dan pertanian mampan. Inovasi ini membuktikan bahawa sisa industri boleh diubah menjadi penyelesaian praktikal untuk masa depan yang lebih hijau.