Inovasi Teknologi Untuk Kelestarian Alam Sekitar

Inovasi Teknologi Untuk Kelestarian Alam Sekitar

RM 25.00

ISBN:

9786294865525

Categories:

General Academics
Science

File Size

30.75 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan kemerosotan kualiti alam sekitar yang semakin membimbangkan, inovasi teknologi hijau muncul sebagai penyelesaian yang disyorkan untuk masa hadapan bumi kita. Buku ini menghimpunkan hasil penyelidikan berimpak tinggi daripada para penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah berjaya menterjemahkan inovasi akademik kepada aplikasi praktikal yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat dan alam sekitar. Melalui sembilan bab yang komprehensif, buku ini memaparkan pelbagai inovasi teknologi yang merangkumi tiga tema utama, iaitu kelestarian alam sekitar, tenaga boleh baharu dan pengurusan serta Pendidikan STEM. Setiap projek yang dibentangkan mencerminkan komitmen UKM dalam menjalankan penyelidikan translasi bersifat gegar gamat pemacu perubahan (GGPP) yang selari dengan matIamat Pembangunan mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Buku ini bukan sahaja menjadi rujukan pentinq untuk penyelidik, pelajar dan ahli akademik, tetapi juga panduan praktikal untuk industri dan dasar yang ingin memahami bagaimana inovasi teknologi dapat menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar. Dengan mengetengahkan kejayaan mengkomersialkan projek-projek seperti CATCH (Classification Tool for Chemical hinure) dan treler tenaga suria mudah alih, buku ini membuktikan bahawa penyelidikan berimpak tinggi mampu merapatkan jurang antara akademik dan industri, sekali gus menjana ekonomi sambil memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.