Elektropalatografi: Teori, Aplikasi dan Inovasi
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Pertuturan merupakan asas komunikasi manusia, dan memahami cara lidah berinteraksi dengan lelangit memberi kunci penting dalam menilai serta merawat gangguan artikulasi. Elektropalatografi (EPG) ialah sebuah teknologi unik yang memaparkan corak sentuhan lidah–lelangit secara masa nyata, dan kini menjadi alat penting dalam penyelidikan linguistik, pendidikan pertuturan, serta terapi klinikal. Buku Elektropalatografi: Teori, Aplikasi dan Inovasi menawarkan penerangan komprehensif yang merangkumi teori asas, proses pembangunan peranti, kaedah analisis pertuturan, dan cadangan inovasi untuk sistem EPG moden. Disusun dalam bahasa mudah dan praktikal, buku ini sesuai untuk ahli terapi pertuturan, penyelidik, jurutera bioperubatan, pelajar, serta pembaca yang berminat dalam teknologi artikulografi. Melalui kandungan yang sistematik, pembaca akan memperoleh: Pengenalan kepada pertuturan, masalah artikulasi dan peranan terapi pertuturan. Definisi, prinsip operasi, kegunaan klinikal serta model EPG yang terdapat di pasaran. Penerangan lengkap pembangunan elektropalatograf, termasuk lelangit tiruan, bahan fabrikasi dan proses penghasilan palatum elektronik. Perincian corak sentuhan lidah bagi pelbagai jenis konsonan seperti letupan, geseran, sengau, getaran dan sisian. Inovasi dan penambahbaikan EPG terkini, termasuk cabaran dan hala tuju masa depan dalam penyelidikan serta aplikasi klinikal.

