MENINGKATKAN KESEDARAN SOSIAL KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

MENINGKATKAN KESEDARAN SOSIAL KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

RM 36.00

ISBN:

978-629-490-363-0

Categories:

Motivation
General Academics
Lifestyle

File Size

23.39 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini terhasil berdasarkan hasrat untuk berkongsi sedikit pengetahuan mengenai proses bimbingan dan kaunseling khususnya dalam menangani masalah disiplin yang mengikut arus perkembangan semasa terutamanya mengenai isu-isu pelajar di Malaysia sebagai panduan kepada para pendidik, pelajar dan juga ibu bapa. Sejajar dengan kehendak pendidikan abad ke-21 dan atas kesedaran bahawa masih ramai lagi golongan pendidik, ibu bapa dan pelajar di luar sana yang kurang pasti mengenai fungsi bimbingan dan kaunseling yang merupakan satu proses membantu orang ramai menemui dan mengembangkan potensi pendidikan, kerjaya dan psikologi mereka dan seterusnya mencapai tahap kebahagiaan peribadi dan kegunaan sosial yang optimum. Bahan dalam penulisan buku ini adalah dikumpulkan daripada pelbagai sumber termasuk pengalaman penulis sendiri, buku-buku rujukan terkini, artikel dan laman web yang berkaitan tidak lupa juga idea dan pengalaman daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang mengikuti kursus Bimbingan dan Kaunseling. Buku ini adalah berdasarkan persepsi dan pandangan peribadi penulis mengenai proses bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelajar berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri. Oleh yang demikian buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh golongan pendidik dalam menambah pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan pelbagai isu psikologi seperti cabaran dalam perkembangan pelajar, kesukaran mengawal tingkah laku pelajar, tekanan sosioemosi dan tekanan psikologi akibat peristiwa kritikal dan kerja.