Ketahanlasakan Konkrit dan Penyiasatan Struktur Bangunan
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Mohd Zaid YusofSynopsis
Konkrit digunakan dalam pelbagai struktur. Struktur ini termasuklah bangunan, empangan, jambatan, terowong, pembentungan, pelabuhan, penambakan, lapangan terbang, loji kuasa hidroelektrik, pemecah ombak, tembok penahan dan struktur lepas pantai. Penyiasatan atau penilaian peringkat bahan biasanya dilakukan oleh ahli teknologi konkrit, ahli patologi dan ada kalanya konservator. Penilaian tersebut melibatkan peralatan praujian bahan sama ada di tapak atau di makmal yang melibatkan sifat-sifat ketahanlasakan konkrit seperti kakisan tetulang, resapan oksigen, pengkarbonatan, resapan klorida dan serangan sulfat. Penilaian peringkat struktur pula biasanya dilakukan oleh jurutera bertauliah dan berpengalaman. Penyiasatan ini melibatkan penilaian prestasi atau kekukuhan struktur konkrit disebabkan oleh kegunaan bangunan yang berubah, faktor reka bentuk tertentu yang tidak dipertimbangkan seperti faktor gegaran, hentaman mesin, pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi, pesongan atau rekahan yang berlebihan. Bahan yang digunakan untuk kerja baik pulih konkrit pula berbeza-beza bergantung pada jenis struktur konkrit dan tahap kerosakannya. Untuk kerja baik pulih peringkat bahan, contohnya jambatan, bahan yang biasa diqunakan ialah konkrit terubah suai polimer; manakala untuk struktur hidraulik, bekalan air atau sisa radioaktif, antara bahan yang diqunakan ialah polimer resin seperti epoksi, metil metakrilat, poliuretana dan poliester. Seterusnya untuk baik pulih peringkat struktur pula, bahan yang digunakan ialah polimer tetulang gentian yang terdiri daripada polimer tetulang gentian kaca, polimer tetulang gentian karbon atau polimer tetulang gentian aramid.

