MODUL TAJWID

MODUL TAJWID

RM 15.00

ISBN:

978-629-92034-4-5

Categories:

Religion
Islam

File Size

11.12 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang istiqamah mengikuti ajaran Baginda hingga ke akhir zaman. Al-Quran merupakan hadiah istimewa dan mukjizat teragung daripada Allah SWT yang perlu dipelihara, dijaga kesuciannya, dan dimuliakan oleh setiap Muslim. Ia bukan setakat kitab suci untuk dibaca di bibir sahaja, tetapi merupakan panduan hidup yang perlu difahami, dihayati, dan diamalkan setiap ajarannya dalam kehidupan seharian. Firman Allah SWT dalam Surah Sad, ayat 29: كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ “Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memperhatikan (mentadabbur) ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” Oleh hal yang demikian, menuntut ilmu berkaitan al-Quran, terutamanya ilmu tajwid adalah satu ibadah yang amat dituntut. Proses belajar dan mengajar al-Quran merupakan satu usaha mulia yang dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ ”Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” - Riwayat al-Bukhari. Menyedari hakikat dan kepentingan ini, pembangunan Modul Tajwid ini merupakan inisiatif Yayasan Pendidikan Islam Aman bagi membantu kelancaran proses pembelajaran dan menjadi rujukan utama dalam mengamalkan bacaan al-Quran dengan betul serta beradab. Ilmu tajwid merupakan disiplin ilmu yang sangat penting kerana ia memastikan setiap huruf al-Quran dibaca dari makhraj yang tepat, dengan sifat dan hukum bacaan yang sempurna persis sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Kandungan modul ini merangkumi asas-asas ilmu tajwid, kesalahan bacaan, makhraj dan sifat huruf, hukum bacaan serta panduan waqaf dan ibtida’. Penyampaian disusun secara ringkas, berperingkat, dan mudah difahami agar ia sangat sesuai digunakan oleh semua peringkat usia dan latar belakang pembelajaran.