MENEROKAI SAINS MENDALAMI KEHEBATAN ILAHI

MENEROKAI SAINS MENDALAMI KEHEBATAN ILAHI

RM 15.00

ISBN:

978-629-92034-1-4

Categories:

Religion
Science
Islam

File Size

23.61 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

"Sesiapa yang mengkaji keajaiban anatomi tubuh badan dan ciptaan alam, nescaya akan bertambah teguh keimanannya kepada Allah SWT." Bertitik tolak daripada falsafah inilah, naskhah Menerokai Sains: Mendalami Kehebatan Ilahi dizahirkan. Buku ini membawa pembaca ke satu fasa penjelajahan ilmu—daripada sebesar-besar cakerawala hinggalah sekecil-kecil zarah. Melalui setiap bab, pembaca akan dibawa menelusuri rahsia kejadian manusia, keunikan cap jari, kehebatan kejuruteraan ekosistem serangga seperti lebah dan semut, fungsi gunung sebagai pasak bumi, sistem biologi tumbuhan, sehinggalah kepada keajaiban lautan yang terhampar luas. Setiap helaian dalam naskhah ini bukan sekadar menghidangkan fakta saintifik moden, tetapi mempertautkannya dengan keterangan al-Quran yang telah diturunkan sejak lebih 1,400 tahun yang lampau. Semoga buku ini bertindak sebagai pencetus rasa kagum dan pemangkin rasa syukur, mengajak pembaca untuk terus mengkaji alam dengan mata ilmu dan mata hati. Harapan kami agar naskhah ini memberi manfaat yang besar buat para pelajar, guru, ibu bapa, serta sesiapa sahaja yang ingin mendalami keindahan ilmu melalui titik pertemuan antara Islam dan sains. Semoga keyakinan kita semakin bertambah bahawa tiada satu pun ciptaan-Nya di alam ini yang diciptakan sia-sia, dan mudah-mudahan usaha kerdil ini diterima sebagai amal jariah yang berterusan di sisi-Nya. YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM AMAN