Positif, Tapi Toksik
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Luqman Mahmud, PhDSynopsis
“Jangan fikir bukan-bukan.” “Kena kuat.” “Ada hikmah.” Pernah dengar ayat-ayat ini ketika hati sedang serabut? Ketika sebenarnya hanya mahu didengar, tetapi yang datang ialah nasihat untuk terus berfikiran positif? Kadang-kadang, terlalu banyak kata-kata positif buat rasa geram, marah atau penat terasa seperti sesuatu yang tak sepatutnya dirasai. Akhirnya, senyum tetap diberi walaupun hati sebenarnya sedang tak baik-baik sahaja. Positif, Tapi Toksik mengajak melihat semula cara memahami perasaan, menerima hari-hari yang tidak sempurna dan belajar meluahkan apa yang dirasa tanpa perlu berpura-pura sentiasa kuat. Kerana ada masa, tak perlu kata “semuanya akan baik-baik sahaja”. Cukup dengan memahami bahawa hari ini memang sedang tidak baik.

