Langit Gaza Tidak Berpagar

Langit Gaza Tidak Berpagar

RM 20.00

ISBN:

978-629-93389-0-1

Categories:

General Novel

File Size

4.09 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Pada bulan Ramadan 2010, saya berada di Gaza selama dua minggu. Ketika itu, Gaza sudah bertahun-tahun hidup di bawah sekatan. Dua minggu itu meninggalkan kesan yang tidak pernah pudar dalam diri saya. Saya meninggalkan beberapa orang sahabat di sana, dan dalam tahun-tahun berikutnya hubungan kami terputus. Sejak itu, saya mengikuti nasib bumi itu dari jauh, melalui berita, filem dan dokumentari. Apabila perang tercetus pada Oktober 2023, Gaza yang pernah saya jejaki berubah menjadi runtuhan. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 74,000 rakyat Palestin telah terkorban setakat Oktober 2026. Angka sebesar itu mudah menjadi kabur di mata pembaca. Di sebalik setiap angka, ada seorang manusia yang mempunyai nama, keluarga, rumah dan impian. Himpunan cerpen ini lahir daripada keinginan untuk memulangkan wajah dan nama kepada mereka. Dua belas cerpen di dalamnya memaparkan kehidupan dari sudut yang berbeza: kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya, ibu, balu, nelayan, penyelamat pantai, doktor dan anak-anak diaspora. Latar sejarahnya berpaksikan peristiwa yang benar, termasuk Nakba 1948, sekatan Gaza, perang yang bermula pada Oktober 2023, kebuluran yang diisytiharkan pada Ogos 2025, dan gencatan senjata Oktober 2025. Watak-watak dan kisah peribadi mereka pula ialah rekaan. Cerpen "Fajar di Pintu Rafah" diilhamkan oleh perjalanan saya ke Gaza pada tahun 2010, namun Iskandar, Samir dan keluarganya ialah watak rekaan. Benang yang menjalin himpunan ini ialah hubungan Malaysia dengan Palestin. Sejak sekian lama, rakyat Malaysia tidak pernah melupakan Palestin, sama ada melalui doa, derma, bantuan kemanusiaan, mahupun khidmat sukarelawan. Hubungan itu saya hadirkan dalam beberapa cerpen sebagai pengiktirafan kepada setiap rakyat Malaysia yang terus mengingati saudara mereka di sana. Setiap tahun, 29 November diperingati sebagai Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin. Saya berharap buku ini dapat menjadi sumbangan kecil kepada usaha memelihara ingatan itu. Penjajah pernah percaya bahawa yang tua akan mati dan yang muda akan lupa. Selagi kisah mereka terus ditulis dan dibaca, adakah dunia benar-benar boleh melupakan Gaza? Rompin ialah daerah yang luas tetapi jarang penduduknya. Di dalam sempadannya terletak sebuah pulau yang pernah diangkat sebagai antara pulau tercantik di dunia, sebuah hutan hujan yang sejarah geologinya menjangkau ratusan juta tahun, dan sebuah bekas lombong bijih besi yang pernah menjadi antara pengeluar terbesar di Asia. Di perairannya, ikan layaran melompat setiap musim dan menarik pemancing dari serata dunia. Di daratannya, kampung nelayan, tanah rancangan FELDA, perkampungan Orang Asli dan bandar-bandar baharu hidup berdampingan. Buku ini ditulis untuk merakam kisah Rompin secara menyeluruh, dari asal usul namanya yang bersandar pada lagenda pokok ru, kepada kedudukannya dalam laluan perdagangan maritim purba, zaman kegemilangan perlombongan Bukit Ibam, penubuhan daerah pada tahun 1976, hinggalah rancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan. Buku ini juga membawa pembaca menjelajah kawasan-kawasan di dalam daerah, mengenal penduduknya, memahami ekonominya, dan menikmati tempat-tempat tarikan yang menjadikan Rompin unik. Buku ini disusun untuk semua lapisan pembaca. Pelajar dan pendidik boleh menggunakannya sebagai bahan rujukan tentang sejarah dan geografi setempat. Pelancong boleh menjadikannya teman perjalanan sebelum dan semasa melawat Rompin. Anak-anak Rompin di perantauan pula diharap dapat menemui semula kampung halaman mereka melalui halaman-halaman ini. Bagi perancang, pelabur dan pembuat dasar, buku ini menawarkan gambaran tentang potensi serta cabaran yang perlu ditangani. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama memperkenalkan Rompin dari segi geografi, asal usul nama dan lagenda. Bahagian kedua menelusuri sejarahnya, daripada peranan Tioman dalam perdagangan maritim purba, zaman kolonial dan Perang Dunia Kedua, zaman perlombongan bijih besi di Bukit Ibam, hinggalah pembentukan daerah dan projek pembangunan wilayah Pahang Tenggara. Bahagian ketiga mengenali penduduk dan masyarakatnya, termasuk masyarakat Orang Asli, serta menjelajah kawasan-kawasan di dalam daerah dan sungai yang memberinya nama. Bahagian keempat meninjau ekonomi dan tarikan-tarikan utamanya, termasuk Pulau Tioman, dunia bawah lautnya, Taman Negeri Rompin, kawasan pesisir dan memancing ikan layaran. Bahagian kelima membincangkan kehidupan seharian, budaya, musim dan kemudahan awam. Bahagian terakhir meninjau cabaran, hubungan dengan daerah-daerah jiran, rancangan masa depan dan prospek Rompin sebagai model pembangunan luar bandar yang mampan, diikuti dengan panduan bagi pelawat dan lampiran yang memuatkan angka-angka penting, garis masa sejarah dan glosari. Setiap fakta dalam buku ini disusun berdasarkan sumber yang boleh dirujuk, termasuk kajian sejarah, laporan akhbar, data banci dan maklumat rasmi agensi kerajaan. Namun begitu, sejarah sesebuah daerah tidak pernah lengkap. Banyak kisah Rompin masih tersimpan dalam ingatan warga tuanya dan belum dibukukan. Jika terdapat kekurangan atau ketidaktepatan, penulis mengalu-alukan pembetulan dan tambahan daripada pembaca, khususnya anak-anak tempatan yang lebih mengenali daerah mereka sendiri. Buku ini disiapkan pada tahun 2026, tahun yang menandakan genap 50 tahun Rompin sebagai daerah penuh sejak 31 Julai 1976. Sambutan Jubli Emas Daerah Rompin yang dirasmikan oleh Sultan Pahang pada Oktober 2026 menjadi peringatan bahawa setengah abad perjalanan sebuah daerah wajar direkodkan untuk generasi akan datang. Semoga buku ini menjadi jambatan antara masa lalu dan masa depan Rompin, serta menyumbang kepada usaha memelihara ingatan kolektif sebuah daerah yang selama ini terlalu kerap dilihat sekadar sebagai tempat persinggahan.