Ekologi Keluarga Penagih Dadah B40: Cabaran, daya Tindak dan Kesejahteraan Mental

Ekologi Keluarga Penagih Dadah B40: Cabaran, daya Tindak dan Kesejahteraan Mental

RM 20.00

ISBN:

978-629-486-764-2

Categories:

Motivation
General Academics
Family & Health

File Size

4.30 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2026
Favorite (0)

Synopsis

Penagihan dadah bukan sahaja menjejaskan individu, malahan memberikan kesan yang mendalam terhadap kesejahteraan pasangan, anak-anak, dan keseluruhan institusi keluarga. Naskhah ini menghimpunkan perbincangan berasaskan penyelidikan tentang realiti kehidupan keluarga penagih dadah daripada golongan 840, yang meliputi isu kesejahteraan keluarga, tekanan ekonomi, konflik perkahwinan, keibubapaan, daya tindak, sokongan sosial, kemurungan, dan kesihatan mental. Setiap perbincangan diperkukuh dengan dapatan empirikal, literatur terkini, serta cadangan strategi dan panduan praktikal yang dapat diaplikasikan dalam usaha memperkasa fungsi keluarga dan menyokong proses pemulihan. Menerusi pendekatan yang komprehensif dan mudah difahami, buku ini bukan sahaja menjadi sumber rujukan bagi ahli akademik, penyelidik, dan pelajar, malahan bermanfaat bagi kaunselor, pekerja sosial, pengamal pemulihan, pembuat dasar, serta semua pihak yang prihatin terhadap usaha membina keluarga yang lebih sejahtera, berdaya tahan, dan berkualiti.