Pencemaran Rentas Sempadan: Penjejakan Melalui Deria Jarak Jauh

Pencemaran Rentas Sempadan: Penjejakan Melalui Deria Jarak Jauh

RM 20.00

ISBN:

9789674122287

Categories:

General Academics

File Size

3.11 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

Jerebu merentas sempadan daripada aktiviti pembakaran biojisim merupakan masalah serantau Asia Tenggara yang acap kali berlaku pada musim kebakaran. Penderiaan satelit adalah suatu kaedah yang dapat memantau dan memeta bukan sahaja plum asap dan pencemaran udara bahkan titik panas pada sesuatu hari. Pencerapan satelit bukan sahaja dapat memberi maklumat terhadap kawasan yang berjerebu malah tentang jumlah aerosol, kedalaman optik aerosol dan saiz aerosol halus yang berkaitan dengan aktiviti kebakaran. Kajian mengenai ciri dan pola kebakaran yang bertumpu menunjukkan kecimpungan petani membakar dengan intensif dan berkelompok berhampiran antara satu sama lain. Bagaimanapun, keadaan iklim persekitaran khatulistiwa kadangkala tidak mampu menampung aktiviti kebakaran yang intensif dan berleluasa kerana ciri iklim seperti bayu darat dan laut, angin pasat yang lemah, kewujudan taufan serta bentuk muka bumi di benua kelautan Asia Tenggara mempengaruhi sebaran plum asap yang tebal terutama daripada kebakaran tanah gambut. Selain itu, pencemaran udara daripada habuk halus umpamanya zarah terampai dan gas yang membahayakan kesihatan penduduk serantau seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida di samping pengeluaran gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana bukan saja mengancam persekitaran tetapi juga iklim yang sedang mengalami perubahan pada tahap serantau dan global.