array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0139"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0043"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0182"
}
Standard Program: Komputeran | Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) | MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY | 978-967-0996-01-1-bm | E-Sentral Ebook Portal

Standard Program: Komputeran by Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

Standard Program: Komputeran by Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Academics
ISBN: 978-967-0996-01-1-bm
File Size: 4.64 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Bagi tujuan sektor pengajian tinggi di Malaysia, kerangka pembelajaran adalah berdasarkan kepada Ruang Masalah Komputeran (Problem Space of Computing) bagi Persatuan Jentera Komputeran (Association for Computing Machinery, ACM). Komputeran secara umumnya dikategorikan kepada empat (4) bidang utama, iaitu Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian, Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat:

  1. Sains Komputer: Graduan bidang ini yang dikenali sebagai Ahli Sains Komputer perlu bersedia untuk bekerja dalam pelbagai jawatan yang melibatkan tugasan daripada teori kepada pembangunan perisian serta dapat menyesuaikan diri dengan inovasi dalam ICT; pada dasarnya mereka boleh:
    1. mereka bentuk dan melaksanakan perisian.
    2. mencipta kaedah baharu dalam penggunaan komputer.
    3. membangunkan kaedah yang berkesan untuk menyelesaikan masalah komputeran.
    4. merancang dan menguruskan infrastruktur teknologi sesebuah organisasi.
  2. Kejuruteraan Perisian: Graduan bidang ini yang dikenali sebagai Jurutera Perisian perlu melaksanakan dan menguruskan aktiviti pada setiap kitaran hayat sistem perisian berskala besar; mereka menjadi pakar dalam mereka bentuk dan melaksanakan perisian berskala besar.
  3. Teknologi Maklumat: Graduan bidang ini yang dikenali sebagai Ahli Profesional Teknologi Maklumat perlu mampu bekerja dengan baik dalam merancang, melaksana, mengkonfigurasi dan menyelenggara infrastruktur komputeran organisasi; bersedia untuk menjayakan peranan yang melibatkan perancangan dan pengurusan infrastruktur teknologi.
  4. Sistem Maklumat: Graduan bidang ini yang dikenali sebagai Pakar Sistem Maklumat perlu berkebolehan menganalisis keperluan maklumat dan proses perniagaan dan berkebolehan mengenal pasti dan mereka bentuk sistem yang selari dengan matlamat organisasi.

Dokumen Standard Program ini mengandungi panduan umum untuk penyampaian dan penilaian program, seterusnya membantu mengenal pasti komponen yang penting untuk anugerah kelayakan daripada tahap Sijil sehingga ke tahap Kedoktoran. Pernyataan yang terkandung dalam Standard Program merupakan penanda aras keperluan minimum, PPT digalakkan untuk melepasi syarat minimum ini.

Reviews

Write your review

Recommended