Aspirasi Unikorn Bumiputera : Stories From The Frontline by Ain A. Patakon

Aspirasi Unikorn Bumiputera : Stories From The Frontline by Ain A. Patakon from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ain A. Patakon
Category: Motivation
ISBN: 978-967-14068-1-7
File Size: 7.90 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

ASPIRASI UNIKORN BUMIPRENEUR Stories From The Frontline Individu biasa yang memperoleh kejayaan dan pencapaian luar biasa bukanlah satu khayalan mahupun satu cerita dongeng yang direka-reka. Bagi sebahagian orang di luar sana yang melihat kejayaan mereka, pasti menyangkakan bukanlah susah untuk menjadi seorang usahawan. Namun hakikatnya, kejayaan itu tidak dikecapi dengan mudah. Seperti kata pepatah “Tidakkan bulat datang bergolek, Tidakkan pipih datang melayang”. Kepayahan dan pelbagai dugaan telah mematangkan mereka dalam membina perniagaan. Dengan adanya sokongan dari keluarga dan masyarakat, mereka telah berjaya melakukannya. 30 syarikat Bumiputera ICT, Kreatif dan berinovasi yang terbahagi kepada syarikat berprestasi tinggi dan syarikat startup harapan berkebolehan telah diketengahkan dalam buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur: Stories From The Frontline’. Naskah ini memuatkan perkongsian pengalaman 30 usahawan dalam membina empayar perniagaan, tips dan pandangan dalam memajukan diri dan juga perniagaan mereka. Perkongsian daripada usahawan yang berprestasi tinggi ini akan memberi inspirasi kepada usahawan lain untuk menjadi lebih berani dalam mengambil risiko dan meningkatkan tahap ketahanan dalam menghadapi sesuatu cabaran. Ia juga sebagai pemangkin untuk mencetus idea-idea yang bernas bagi mengembang dan memajukan perniagaan. Manakala, perkongsian dari usahawan startup harapan pula dijangka dapat memberi impak yang positif dan menyuntik semangat keusahawanan kepada para pelajar dan graduan universiti untuk menceburi bidang perniagaan. “Aspirasi Unikorn Bumipreneur” digunakan sebagai simbolik utama judul buku ini. Kami percaya 30 usahawan yang diketengahkan dalam naskah ini akan dapat mencapai aspirasi “UNIKORN BUMIPRENEUR” dan seterusnya mengangkat mereka sebagai usahawan yang terbilang. Diterbitkan oleh : PERSATUAN USAHAWAN DAN INDUSTRI ICT BUMIPUTERA MALAYSIA (NEF) www.nef.org.my www.facebook.com/NEFMalaysia

Reviews

Pengisian yang bagus !
by Shariza Abdullah on March 29, 2016

Sesuai untuk rujukan mereka yang ingin menjadi usahawan!

30 Usahawan Berjaya
by Noreen Abu Bakar on March 29, 2016

Perkongsian yang baik untuk usahawan baru dan yang ingin memulakan perniagaan.

Write your review

Recommended