Mangkin untuk Tindak Balas Serba Hijau: Pengekstrakan dan penggunaan silika daripada sekam padi

Mangkin untuk Tindak Balas Serba Hijau: Pengekstrakan dan penggunaan silika daripada sekam padi

RM 8.00

ISBN:

978-967-461-038-8

Categories:

General Academics

File Size

2.17 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

" Sekam padi merupakan sisa buangan daripada industri pertanian. Ia mengandungi silika (SiO2) yang boleh diekstrak dan digunakan dalam pelbagai bidang. Kajian ini membentangkan salah satu kaedah untuk menukar sisa buangan pertanian kepada bahan yang berguna, iaitu 'hasil bernilai tinggi'. Silika daripada sekam padi telah diekstrak dan digunakan sebagai fasa pegun untuk sintesis mangkin heterogen. Pengekstrakan dilakukan dengan menggunakan kaedah pengekstrakan pelarut yang mempunyai ciri-ciri kimia hijau. Mangkin heterogen yang telah disintesis digunakan dalam beberapa tindak balas organik, termasuk tindak balas karbon dioksida. Gas karbon dioksida merupakan salah satu gas rumah hijau yang telah banyak mengakibatkan kerosakan alam semula jadi. Syarahan ini membincangkan beberapa jenis pengubahsuaian yang telah dilakukan pada silika sekam padi. Logam peralihan telah digabungkan dalam silika untuk menghasilkan mangkin yang sesuai untuk tindak balas Freidel-Crafts dan tindak balas pengoksidaan. Sifat fizikal mangkin yang terhasil dicirikan melalui kaedah spektroskopik dan dibincangkan secara terperinci. Silika juga telah digabungkan dengan ligan organik tertentu untuk menghasilkan mangkin silika-organik yang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang turut dianalisis dan dibincang secara mendalam dalam syarahan ini. Kajian ini menunjukkan potensi besar penggunaan silika yang diekstrak daripada sekam padi dalam bidang penjerapan dan mangkin heterogen. Silika yang diekstrak daripada sekam padi boleh menggantikan silika komersial yang ada di pasaran pada masa kini.