Pemerkasaan Perpustakaan Islam

Pemerkasaan Perpustakaan Islam

RM 10.00

ISBN:

978-983-2718-34-5

Categories:

Islam

File Size

2.22 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (1)

Synopsis

Penerbitan buku “Pemerkasaan Perpustakaan Islam” merupakan satu permulaan baharu kepada usaha IKIM menambah khazanah ilmu dalam bidang Kepustakawanan Islam.Buku ini merupakan hasil suntingan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Seminar Kepustakawanan Islam anjuran IKIM dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia. Melalui seminar tersebut, IKIM telah berjaya mengumpul kertas kerja daripada hasil pemikiran dan kajian yang dijalankan oleh ahli akademik dan profesional dalam bidang Kepustakawanan yang berkongsi ilmu serta kepakaran dalam usaha memartabatkan perpustakaan Islam di Malaysia. Oleh kerana istilah perpustakaan Islam masih baru diperkatakan sejak mutakhir ini penerbitan buku ini amatlah bersesuaian dalam memperkayakan ilmu supaya dapat dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan ilmiah untuk bidang kepustakawanan.