Cinta Yang Ku Rasa

Cinta Yang Ku Rasa

ISBN:

978-983-124-677-1

Categories:

Romance

File Size

1.45 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya. Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari. Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.