PERMAISURI HATI by IZZ JAJA

PERMAISURI HATI by IZZ JAJA from  in  category
No reviews yet
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: IZZ JAJA
Category: Romance
ISBN: 978-967-0907-36-9
File Size: 1.38 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Bahagia di dalam dada ini hanya Tuhan yang tahu ertinya. Kasih ini untukmu, namun aku terkedu tatkala manisnya cinta yang aku berikan, kau balas dengan segala keperitan. “… dulu saya anggap cinta itu manis dan mendamaikan, tetapi sekarang cinta itu hanya sesuatu yang melukakan bagi saya.” – Amalina Bashira NIZAM… Aku tidak pernah mengerti di mana silapku, sehingga begitu tegar kau melafazkan kata perpisahan. Tidak cukupkah cinta yang kita bina bertahun lama? Tapi... tidak! Kesalahan bukan daripada pihakku. Aku juga bukan bodoh. Kerana itu, tidak mungkin aku mengalah. Aku akan terus mendongak ke atas, mencari sejalur sinar bahagia di langit Tuhan. “Dulu abang cintai Lina. Lina dekat tapi abang jauhkan diri. Mungkin karma. Sekarang abang masih cintakan Lina. Walaupun dekat, terlalu jauh untuk abang capai.” - Nizam RAFAEL HAMDANI... Kehadiranmu mendamaikan hati. Engkau bagaikan hembusan-hembusan cinta yang membangkitkan semangat. Engkau di sisi saat sakit di dada ini belum padam sepenuhnya. Aku juga ingin merawat luka dan pedih di hatimu. Apakah engkau sudi menggenggam tanganku, bersama-sama berlari mengejar cinta? “… mungkin I tak sehebat lelaki impian you, I mungkin bukan lelaki yang selalu hadir lewat mimpi-mimpi indah you, tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk memenangi hati you…” - Rafael ZAHID... Aku tidak pernah mengenali dirimu. Jauh sekali mendambakan kasih sayangmu. Aku tidak tahu sejak bila engkau mencintaiku dalam diam. Sungguh, aku hargai perasaanmu. Tapi maaf, kita tidak mungkin bersama. Aku sudah punya dia... dia yang sangat mengerti hatiku. “Hati I tetap pilih you. Kalau you masih tak bersedia, I boleh tunggu Lina. Just give me a little hope.” - Zahid Aku wanita biasa, namun antara ketiga-tiga lelaki ini, aku hanya ingin menjadi permaisuri hati untuk seorang sahaja…

Reviews

Write your review

Recommmended