Emilya Zulaikha

Emilya Zulaikha

RM 11.90

ISBN:

983-124-195-9

Categories:

General Novel

File Size

1.09 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2017
Favorite (0)

Synopsis

EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma. Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti... Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.