Kahwin Tiga Kali by Rasya Elyna

Kahwin Tiga Kali by Rasya Elyna from  in  category
No reviews yet
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Rasya Elyna
Category: General Novel
ISBN: 978-967-446-038-9
File Size: 2.73 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Walau berkali-kali diri diuji, hati ini pasrah menerima ketentuan ILAHI. KALAU dah jodoh, tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua. Begitulah diibaratkan dengan Farizan Natasha yang bertemu jodoh dengan Tengku Azman setelah kecewa diceraikan Shah Iskandar, suami tercinta. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia diduga untuk kali kedua. Tengku Azman pergi meninggalkan Farizan Natasha bersama Engku Nisha dan kandungan yang semakin membesar. Shah Iskandar pula mula menyesali kesilapan diri dan ingin menagih kasihnya kembali. Darwish, lelaki yang dikenali hampir 25 tahun dahulu, pernah menjadi lelaki yang dicintai Farizan Natasha. Mereka berdua terpisah oleh peredaran masa. Di Terengganu, mereka berdua kembali bertemu. Siapakah yang akan memiliki cinta dan membahagiakan Farizan Natasha dan anak-anaknya? “Buat masa ni, Sha tahulah abang sayangkan Sha. Tapi esok lusa manalah tahu kan kut-kut abang dah jumpa bidadari, terus tinggalkan Sha. Abang, Sha sayangkan abang dengan sepenuh hati. Janji dengan Sha yang abang takkan tinggalkan Sha ya.” - Farizan Natasha. “Bila abang pandang wajah dia, abang terbayangkan Sha dan bila abang pandang wajah Sha, abang terbayangkan dia. Abang amat mencintai kedua-duanya, Sha.” – Shah Iskandar. “Idea yang bagus tu. Kita ikut sunah nabi, perempuan pinang lelaki. I like!” - Tengku Azman. “Maksud abang, kalau nanti kita bertemu semula dan kalau-kalau masa tu kita berdua belum kahwin, kita berdua kahwin ajelah.” - Darwish.

Reviews

Write your review

Recommmended