1 eBooks
Results for Usahawan mendepani
Usahawan Mikro dalam Mendepani Krisis

Usahawan Mikro dalam Mendepani Krisis

Publisher

Penerbit UKM

Categories

General Academics
Business & Management

ISBN

978-967-251-768-9

File Size

3.15 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Buku Usahawan Mikro Dalam Mendepani Krisis membincangkan tema berhubung membangun ketahanan usahawan mikro menerusi inisiatif padanan infrastruktur kewangan, sosial dan teknikal pada saat krisis berlangsung, Ketiga-tiga inisiatif ini adalah mengambil kira gabungan pendekatan langkah keseluruhan menangani ketidaktentuan untung nasib usahawan mikro dalam keadaan masyarakat berisiko, Seperti contoh paling hampir ialah impak daripada pandemik COVID-19 telah membentuk cabaran baharu yang memerlukan inisiatif dan pendekatan berkenaan aspek daya ketahanan, Situasi ini menggusarkan usahawan mikro yang kekurangan modal dalam memasarkan produk yang ditawarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tambahan lagi kemelesetan ekonomi dan hala tuju politik lokal menambah kebimbangan usahawan mikro secara menyeluruh, Bagi peniaga yang celik dan mempunyai kemudahan digital yang memuaskan, ia sedikit sebanyak membantu untuk terus bertahan, Manakala sebaliknya berlaku kepada usahawan mikro yang secara menyeluruh bergantung harap kepada jualan bersemuka dan pelanggan yang sedia ada, Justeru, buku ini menggariskan tiga matlamat utama, Pertamanya ialah memotivasikan usahawan mikro secara berterusan menerusi manfaat infrastruktur kewangan, teknikal dan sosial sedia ada sebagai untuk terus menghadapi cabaran pasca COVID-19 dan juga krisis-krisis lain yang akan datang. Keduanya keperluan tabungan khas dalam meningkatkan kelangsungan pendapatan usahawan mikro pasca krisis, Terakhir ialah membangunkan mekanisme, strategi dan unjuran cabaran pelaksanaan tabungan khas ini yang dipacu sepenuhnya oleh peranan kerajaan dalam membantu usahawan mikro. Peranan besar di peringkat kerajaan adalah penting di saat krisis sebagai sistem sokongan untuk membantu membangunkan usahawan mikro meneruskan kelangsungan perniagaan yang juga menjadi sebahagian mata pencarian untuk menampung kos sara hidup. Suasana lain yang turut mendekam aspek sosioekonomi usahawan mikro sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga dibahaskan di dalam buku ini secara terperinci (dengan meninjau kajian kes di Negeri Kedah) bagi mentafsirkan kelompok ini menjadi lebih derita akibat impak daripada krisis atau wabak yang berlarutan.